Skip to main content

MENYUKAI SESEORANG DALAM DIAM

 Hai and Assalamualaikum !

    Lama rasanya tak bersua di sini. Malam ini, ada sesuatu yang aku nak luahkan. Topik dan situasi yang tak asing lagi dalam hidup seorang remaja yang masih muda. Aku pun tahu dan sedar, jauh lagi perjalanan aku. Macam2 perkara lagi yang aku belum jumpa, masih ramai manusia yang aku belum kenali. Tapi, itu tak bermakna aku perlu menidakkan apa yang aku rasa tika ini. 

    Menyukai seseorang dalam diam banyak risikonya. Untuk situasi aku, aku sendiri tak pasti adakah perasaan aku hanya sekadar suka, ataupun lebih daripada itu? Atas sebab apa aku suka pada dia? Dan kebanyakan orang akan katakan, confess ataupun luahkan. Phew tak semudah itu. Hatta untuk meluahkan perasaan pada seseorang, memerlukan banyak kekuatan untuk respons yang akan diterima. Jika negatif? Pastinya sedih yang amat. Kena pulak dengan kawan sendiri, pasti hubungan persahabatan yang lama terjalin akan menjadi sangat berbeza, janggal. Tak seronoklah macamtu.

    Namun sebaliknya, andai reaksi dan jawapannya positif? Apa yang akan berlaku seterusnya? Aku sendiri tak ada jawapan untuk itu. Adakah aku beria kerana pengaruh rakan sebaya atau apa? Bersediakah aku untuk berada dalam apa jua perhubungan dengan seseorang? Akankah kami bertahan sampai ke hujungnya? Akankah kami mengakhiri hubungan kami dengan bahagia? Tak ada siapa yang inginkan perpisahan. Sebolehnya, aku nak elakkan kemungkinan untuk mengalami kekecewaan. 

    Aku suka dia. Lebih2 lagi waktu2 lapang macam sekarang, aku asyik teringatkan dia. Ke mana jua aku pergi, pasti akan terdetik ingatan tentangnya. Hakikatnya jarak kami tidak jauh, namun terjadi perpisahan secara tiba-tiba. Sedih? Mestilah. Sebaik aku tahu tentang pemergiannya ke tempat yang agak jauh daripada tempatku, seharian aku bersedih. Walhal aku sedar aku bukanlah seseorang yang penting sangat dalam hidup dia. Kalau tak, dia sendiri akan maklumkan kepada aku tentang kepergiannya.

    Tapi, aku tak nak biarkan aku terus hanyut dalam kesedihan. Semuanya pasti bersebab. Kami terpisah secara bertempoh, tapi selama mana itu aku tak pasti. Bagi aku tempoh itu agak lama untuk sebuah penantian tanpa kepastian. Menunggu seseorang dan terus berharap bukan mudah ya. Setiap hari minda dan fikiran memikirkan tentangnya. Akankah wujud kemungkinan untuk kami? Berbaloikah penantianku untuknya? Akankah hatinya teguh tanpa hadirnya insan lain? Akankah dia kembali pada aku?

    Mungkin lebih mudah untuk aku berterus-terang, tapi aku belum bersedia untuk itu. Aku jadi takut memikiran kesan selepas itu. Andai perasaanku hanya bertepuk sebelah tangan, pastinya aku sangat kecewa dan sedih. Lebih aku risaukan, hubungan persahabatan kami. Aku sayangkan persahabatan kami. Aku tak nak ada wujud kejanggalan antara kami. Aku ingin terus menjadi kawannya, sahabatnya, penyokongnya, sampai bila2. Walau pun dia mungkin tidak pernah tahu tentang itu.

    Terlalu banyak kemungkinan yang akan timbul selagi mana tidak bertanya dan berterus-terang. Aku dengan sangkaanku. 

Teruntuk kamu, 
Kau masih dalam fikiran dan ingatanku,
Aku buntu. 
Patutkah aku luahkan?
Akankah kau menerimanya?
Ataupun kau akan menolak?
Mungkin aku masih mentah 
Untuk berbicara tentang perasaan,
Tapi yang pasti,
aku sukakan kau. 
Aku akan terus menunggu,
Selama mana hati ini mampu berharap,
Namun andai aku memutuskan,
Untuk tidak lagi menyimpan harapan,
Maafkan aku. 

Comments

Popular posts from this blog

A day before leaving Malaysia

       Assalamualaikum and hi !           So, today is Monday. Everyone pergi kerja, sekolah and sebagainya meanwhile i'm at home . :) Best tau .. today will be a very freedom day for me. I dah spent about three days at home with my family. Tomorrow , or more details, 3.00 am soon we will start our journey to KLIA2 and our flight is on 7.40 am. Feelings? Excited of course, and also sad. Hahaa..bukan apa, just i will miss my mom, and family so much! We will be there about 2 weeks . Pagi ni I bangun , solat subuh jemaah. And so grateful because i can face the real situation at home in the very early morning. Bukan senang nak dapat peluang macam ni . Biasanya aku je kadang2 call umi dari asrama , so now aku boleh bayang apa aktiviti umi , adik i and abang kat rumah everyday. Memang tersangatlah heavenn sebab aku memang takde apa komitmen sangat since exam dah habis . Yeay! Semalam petang baru start nak packing, so memang i made a mess. Hahaa,...

Childhood dream achieved !

          Hai and assalamualaikum !          Lama sangat dah aku tak update. Actually banyak gilaa benda nak share, even dah macam2 perkara jadi and boleh jadikan moments. Buts tak menyempat nak taip. Boleh katakan setiap harii aku niat nak bukak laptop nak update my life journey tapi rasanya dah banyak terlepas. Pengalaman ambik lesen, now dah berjaya dengan jayanya, fasa ambik result pun habis, then fasa bekerja cari duit sendiri.         So, plan nya memang kalau boleh aku nak kerja dari awal tahun sampai lah dapat tawaran masuk IPT. Tapi halangannya ialah aku terikat dengan lesen. Nak kena settlekan lesen barulah senang nak kerja. So ambik masa jugaklah. 19/02/2020 Alhamdulillah aku lulus ujian JPJ. So the next day tu aku meneruskan misi aku nak cari kerja cashier hahaha. Since umi tak bagi kerja Aeon so pilihan terakhir aku ialah Saveway. Maghrib2 pun pergi jugak, isi borang pastu teman kak na pulak beli tudu...

KISAH ADDMATH

        Assalamualaikum!        Today, nak buat throwback masa exam addmath Isnin lepas. Cerita dia, memang setiap kali exam addmath ni, takkan guna pen punya masa nak buat jalan kira. Pen tu function untuk tulis nama awal2 je ye. haaha.. okey, paper 2 pukul 2.00 petang , so dalam pukul 11 ke 12.50 tu memang waktu untuk study la. Dah cun-cun habis solat Zohor, aku pun jalan macam biasa ke ruang luar dewan . Weyhh, mana semua orang ? Jangan kata dah masuk ? oh my! Hok alohh, ramai dah weyy kat dalam, cikgu siap tengah bagi instructions untuk betulkan soalan. hadoii.. tu part first, lambat! Next, okay dah bertenang dah masa duduk. Nama dah settle, doa pun dah baca, calculator pun dah ready. Baru nak start soalan first, aku tergerak hati nak cari pemadam , just standby kat tepi jelah. ALLAHUU..       Guess what ? Pemadam aku hilang beb! Dalam keadaan dewan tengah senyap, aku pulak tengah sibuk cari pemadam di sebalik pen2 aku yang...