Skip to main content

TENTANG MENULIS

 Hi and Assalamualaikum ! 

        Well, berhabuk betul dah eh blog aku ni. Sebenarnya niat aku create blog ni memang nak membebel cerita pasal life seharian aku pun. Btw, aku selalu je update jurnal dan diari harian aku kat Microsoft Word je. Tapi bila aku baca balik, pheww macam novel dah ! Aku tak tahulah menarik ke tak, tapi bagi aku menarik hahaha. Oh ya kalini aku nak makin aktif in shaa Allah bercerita kat sini. Orang notice tak notice, itu lain cerita. Yela, zaman-zaman teknologi ni faham-faham jela orang akan lebih pilih untuk tengok youtube cenggitu instead of membaca blog. Tapiii aku percaya yang masih ramai je orang macam aku kat luar sana yang suka membaca, menulis, bercerita dan meluahkan melalui penulisan. Senang cerita en, kalau bagi pen dengan kertas tu laju je menulisnya. Kalau in terms of technology, bagi laptop, asal ada Microsoft Word ke WPS ke, memang jari ni laju je menaip macam taknak berhenti. Haha , kawan-kawan aku selalu tanya aku, 

         " Kau tulis apa eh panjang-panjang dalam diari kau? Aku tulis satu perenggan pun dah buntu nak sambung apa." 

            Yes, aku dulu masa zaman sekolah, acewah gaya macam dah berabad eh tinggalkan sekolah, padahal baru je 2 tahun HAHA. Aku memang dikenali sebagai orang yang suka tulis diari. Maksud aku, antara kawan-kawan satu batch la. Apa kena pulak batch lain nak tahu kan? Well, kawan-kawan aku ni pun bagus, majoritinya dah faham-faham dengan perangai aku yang satu tu, jadi memang mereka hormat sangatla privasi aku untuk menulis diari. Dia macam perkara wajib ataupun haruslah dalam jadual seharian aku. Aku sebolehnya akan cari masa jugak untuk tulis, supaya aku dapat ceritakan kisah yang berlaku haritu. Tapi , masa Form 5, semestinya banyaklah benda menarik untuk diceritakan , masalahnya aku tak cukup masa nak menulis. Aigoo.

            Aku terpaksa curi-curi masa nak tulis diari. Kadang tu sempat tulis sikit je dalam buku nota kecik , macam points penting untuk hari tu. Biasanya aku akan tulis waktu petang, ataupun lewat malam sebelum tidur. Masa prep tu, kalau takde kerja sangatlah. Ingat prep lama sangat? Tapii still, diari aku jarang lengkap. Selalunya ending tak sempat habis ataupun tergendala. Sebabnya, tak cukup masa ataupun terlelap. Ye , orang lain tidur, aku pulak struggle meniarap sambil ditemani lampu suluh semata-mata nak tulis diari. Penting? Bagi orang yang sangat menghargai memori macam aku ni, menstilah penting ! Bila baca balik kan, kita akan teringat kejadian atau hari tu balik. Haih seronok! Lagi-lagi kalau aku baca diari masa aku sekolah rendah ataupun lower form, mak aihh cringe ! HAHAHA kelakar rasa nak tampar diri sendiri sebab tak matang betul eh. Well, itulah realiti sebenar. Usia mematangkan kita. Eh silap tu, pengalaman mematangkan kita. 

            Kembali kepada topik asal, aku saje je nak panaskan balik blog ni. Lahh start enjin ye? Aku ada banyak sebenarnya benda nak cerita , tapi itu aku sort dalam entry lain ok? Kalini kita bebel pasal menulis je dulu. Aku ada satu cita-cita, nak tulis buku. It can be anything. Mulanya aku fikir novel lah paling mudah. Tapi , mungkin tak semudah tu. Sebabtu aku mulakan dengan diari kehidupan seharian aku. Aku akan cerita dari mula aku bangun sampailah aku nak tidur, apa yang aku buat, apa yang aku nampak. Dia macam secara automatik tau, aku akan cerita dengan sangat terperinci. Dia macam monolog tapi dalam version tulisan. Faham tak? Seronok tau bercerita dalam diari ni, sebab takde orang akan judge aku, and aku pun tak kecewa. Hahaha. 

            Pernah jugak aku terdetik macam nak tulis buku puisi lah, tapi aku rasa macam kurang sesuai. Biasanya puisi ni ditulis oleh orang yang pendiam, jadi ayat-ayatnya lebih mendalam dan tersirat. Aku ni pulak , kalau orang kata aku pendiam , sah dia tak kenal aku ! Kalau kakak-kakak aku dengar, mahu kena gelak sampai lusa. Aku lah terpaling bising dalam family aku hahaha. Kalau nak dramatik sikit, tanpa aku sunyilah rumah tu. Wah, angkat bakul eh? Tapi betul lah. Umi pun cakap macamtu, aku ni penceria suasana. Kalau aku takde, mungkin suasana tu jadi lain. Well, aku yakin setiap family akan ada yang sepesen dengan aku, kan? Next, aku pernah jugak sampai satu fasa rasa nak tulis buku yang bermanfaat. Tapi, aku sedar diri jugak. Nak tulis sesuatu yang bermanfaat ni, kita kena berilmu dulu. I mean macam berat jugaklah tanggungjawab tu. So , aku masih berkira-kira nak tulis which genre. 

            Buat masa sekarang, memang aku penulis berjaya untuk novel hidup aku haha. In shaa Allah , dalam usaha nak tulis cerpen , ataupun novel? Aminn, semoga dipermudahkan. Aku sekarang baru mula baca novel balik sebab aku nak dapatkan balik macam struktur ayat-ayat dalam novel. Senang cerita, nak gilap bakat dengan merujuk karya orang lain. Aku baru je beli pun novel tu haritu. Tak sampai 2 hari, dah habis baca hehe. Umi pun impressed dengan kemampuan aku untuk baca novel secepat tu. hehe. Maklumlah sekarang ni aku kan sangatlah free dan bebas. Just for updates, aku dah almost sebulan jugaklah bergelar lepasan asasi. Kira tengah tunggu result and temuduga nak masuk degree. Kenapa ada temu duga ? Sebab aku apply bidang law. Haa macam mana boleh apply law? Kalau ikutkan aku, tak pernah terfikir pun nak ambik law, cuma galakan umi. Aku sebenarnya minat business. Tapi, umi kata lepasan undang-undang ni boleh kerja macam-macam bidang, nak jadi apa pun boleh.

            Demi tak menghampakan umi, aku pun cuba. Lah cuba. Alhamdulillah, aku boleh go on je dengan course tu. Mana-mana bidang pun akan ada cabaran, yang penting semangat dan passion tu kena ada, barulah boleh survive ! Semalam, aku kebetulan terbaca status Whatsapp seorang classmates aku masa sem 2 , dia sebut pasal temuduga. Aku cuak lah sebab tak tahu the exact date kan. Rupanya dah nak dekat beb! Wah wah setelah lama aku rileks2, akhirnya aku rasa aku dah kena mula buat benda berfaedah. Misi utama aku lepas habis asasi memang nak baca buku sebanyak yang mungkin. Tak kisahlah genre apa sekalipun. Aku punya azam tu, nak baca semua buku yang ada dalam rumah ni, especially bahagian library rumah aku ni. Kira aku beli novel ni nak warm up la. Dulu-dulu memang baca novel satu hobi yang paling aku suka. Macam-macam novel aku baca sampai nak karang kisah hidup sendiri. 

            Kalau kat sekolah menengah, aku paling suka pergi library. Masalahnya cuma masa. Jadual kat sekolah sentiasa packed, tak dan nak pinjam buku. Tapi aku tetap dengan minat aku. Aku curi-curi pinjam , and kena curi2 masa jugaklah untuk baca. Ya Allah best gila rasa bila habis baca satu demi satu buku. One more, kalau masa BM, ada kalanya cikgu akan bagi majalah dewan siswa untuk dibaca . Wehh aku paling suka baca pasal cerpen dalam tu. Aku suka bayangkan latar masyarakat, tipikal jenis manusia dan masyarakat dalam dunia ni. Bila masuk universiti, siapa je tak suka kan? Detik yang aku paling tunggu kot dari zaman tadika. Tapi tulah, takdir tak menyebelahi aku. Kena pulak zaman pandemik, kena duduk rumah. Antara impian aku bila masuk Universiti, aku nak lepak library lama-lama. Nak baca buku banyak2. Tapi tak sempat lama pun. Aku sempat buat sekali je sebelum pkp balik tahun lepas. Huhu sedihnya. 

            Antara wish list aku yang lainnya ialah, aku nak pergi perpustakaan negara. Nak pinjam buku banyak-banyak. Novel tu aku tak kisah sangat pun , penulis lama ke baru ke, just give a try. Yang famous, khadijah hashim. Aku pernah pinjam masa dekat sekolah menengah dulu. Dia punya penulisan tu boleh bawak aku ke zaman 90-an beb ! Aku pulak suka sangat berangan kalau aku dapat berada pada zaman tu. Macam seronok! Bukan apa, zaman sekarang ni kan , too much gadget. Bukan tak elok, tapi ada jugaklah negativitinya macam akan sibuk nak tahu kisah hidup orang, pastu insecure, pastu compare diri sendiri dengan orang lain. Yang tu kalau boleh nak elak. Sebabnya, bila kita membaca ataupun menulis ni, kita akan seolah berada dalam dunia yang lain. Haa bukan pelik-pelik. Tapi macam escape from reality kejaplah. Aku rasa sama macam tengok drama, drama korea lah terutamanya. Aku suka drama-drama korea lama, lagi terkesan di hati. Pastu mulalah aku berangan nak lelaki yang watak macamtu. Novel pun, kadang aku tahu watak tu cumalah rekaan penulis semata-mata tapi aku tetap nak berharap yang dia akan muncul dalam realiti. We'll see. Who knows, doa aku termakbul? Amin. 

            Aku baru je habis baca novel Anjell - Dia tetap Sempurna. Semestinya novel Anjell semuanya terbaik dan aku tak ragu-ragu nak beli. Next novel ni aku main sambar je, sebab nak cepat masatu. Murah weii! RM1o je. Kalau ikutkan hati aku, nak je sambar 5 buah terus. Tapi kita leklu. Aku tahu akan habiskan dua buah tu takkan sampai seminggu pun. Lagi-lagi tengah free dan tak ada komitmen macam sekarang. Kerja? Awalnya memang aku nak kerja. Tapi, umi kata tak payahlah. Baik aku gunakan masa ni untuk buat benda-benda bermanfaat yang boleh bagi keuntungan pada aku untuk masa depan. Lahh skemanya. Maksud aku macam membaca lah, bagi aku penting untuk temuduga dan jugak pengetahuan umum aku. Membaca dan menulis . Nampak simple, tapi boleh jugak jana pendapatan. In Shaa Allah, semoga dipermudahkan amin. Kiranya macam aku tak kerja ni pun satu investment jugaklah, investment masa untuk aku teroka dan belajar macam-macam. 

            Novel kedua untuk hari ini bertajuk , "Dalam Hati Ada Dia? - Illa Hanahila". Okey , aku baca dulu. Jumpa lagi, assalamualaikum ! :)


  Love, NIA. 

Comments

Popular posts from this blog

A day before leaving Malaysia

       Assalamualaikum and hi !           So, today is Monday. Everyone pergi kerja, sekolah and sebagainya meanwhile i'm at home . :) Best tau .. today will be a very freedom day for me. I dah spent about three days at home with my family. Tomorrow , or more details, 3.00 am soon we will start our journey to KLIA2 and our flight is on 7.40 am. Feelings? Excited of course, and also sad. Hahaa..bukan apa, just i will miss my mom, and family so much! We will be there about 2 weeks . Pagi ni I bangun , solat subuh jemaah. And so grateful because i can face the real situation at home in the very early morning. Bukan senang nak dapat peluang macam ni . Biasanya aku je kadang2 call umi dari asrama , so now aku boleh bayang apa aktiviti umi , adik i and abang kat rumah everyday. Memang tersangatlah heavenn sebab aku memang takde apa komitmen sangat since exam dah habis . Yeay! Semalam petang baru start nak packing, so memang i made a mess. Hahaa,...

Childhood dream achieved !

          Hai and assalamualaikum !          Lama sangat dah aku tak update. Actually banyak gilaa benda nak share, even dah macam2 perkara jadi and boleh jadikan moments. Buts tak menyempat nak taip. Boleh katakan setiap harii aku niat nak bukak laptop nak update my life journey tapi rasanya dah banyak terlepas. Pengalaman ambik lesen, now dah berjaya dengan jayanya, fasa ambik result pun habis, then fasa bekerja cari duit sendiri.         So, plan nya memang kalau boleh aku nak kerja dari awal tahun sampai lah dapat tawaran masuk IPT. Tapi halangannya ialah aku terikat dengan lesen. Nak kena settlekan lesen barulah senang nak kerja. So ambik masa jugaklah. 19/02/2020 Alhamdulillah aku lulus ujian JPJ. So the next day tu aku meneruskan misi aku nak cari kerja cashier hahaha. Since umi tak bagi kerja Aeon so pilihan terakhir aku ialah Saveway. Maghrib2 pun pergi jugak, isi borang pastu teman kak na pulak beli tudu...

KISAH ADDMATH

        Assalamualaikum!        Today, nak buat throwback masa exam addmath Isnin lepas. Cerita dia, memang setiap kali exam addmath ni, takkan guna pen punya masa nak buat jalan kira. Pen tu function untuk tulis nama awal2 je ye. haaha.. okey, paper 2 pukul 2.00 petang , so dalam pukul 11 ke 12.50 tu memang waktu untuk study la. Dah cun-cun habis solat Zohor, aku pun jalan macam biasa ke ruang luar dewan . Weyhh, mana semua orang ? Jangan kata dah masuk ? oh my! Hok alohh, ramai dah weyy kat dalam, cikgu siap tengah bagi instructions untuk betulkan soalan. hadoii.. tu part first, lambat! Next, okay dah bertenang dah masa duduk. Nama dah settle, doa pun dah baca, calculator pun dah ready. Baru nak start soalan first, aku tergerak hati nak cari pemadam , just standby kat tepi jelah. ALLAHUU..       Guess what ? Pemadam aku hilang beb! Dalam keadaan dewan tengah senyap, aku pulak tengah sibuk cari pemadam di sebalik pen2 aku yang...