Skip to main content

Kisah di Petronas

       Hai and Assalamualaikum!

             Actually aku nak share apa yang jadi kat Petronas tadi .. haa macam beria kan? Tak adalah, and ada related sikit dengan kawan lama. Since aku tengah tunggu turn untuk Kelas Memandu by this February so aku practice dengan my sisters  jelah. Bila dalam area rumah aku ni kira berani lah try drive sebab jalan yang familiar and kebanyakan jalan banyak yang straight and tak terlalu hard core. So easy sikit lah kan? So nak di jadikan cerita nya, harini aku keluar rumah dah 3 kali ye. First , pergi dobi then kedai and kedai. Tulah jadi bila nak masak tapi tak check barang kat dapur. Kan dah kelam kabut ! So, aku n kak Na pergi Petronas jelah pun yang ada kan nak isi minyak.

               First time ni aku yang drive sebab kak na nak suruh aku belajar isi minyak. So kak na pergi bayar meanwhile aku tunggu kat luar. Aku pun kunci jelah pintu . Then , tadi masa kitorang beratur elok2 je ada pekerja kat situ , pakai spec. Tapi kitorang stop je dia terus blah . -_- Deyy, tolonglah kitorang. Aku pun try lah isi , oh senang je. Cuma biasalah tak tahu nak pilih nozel kuning ke hijau. So far sampai sekarang aku tak tahu nak bezakan function 2 colour tu haha. Apoo lah. Then lepas isi tutup je sampai keluar bunyi means dah betul-betul rapat. Cun2 je kitorang nak gerak, that guy pekerja tu pun datang. Lel, function sangat. Pastu aku intai lah muka dia melalui cermin , sebab kak na kata muka dia ni macam kenal. Hmm siapa entah. Aku tengok2 tapi macam tak kenal je. Maybe baya2 kak na kut sebab aku tak pernah kenal pun. Eyy semacam je.

            Second time pulak kak na yang drive sebab nak biasakan diri bawak kereta Saga ni sebab Myvi tadi kak nis nak bawak esok. So aku jadi penumpang je. Aku dah tukar tudung ye, tadi dah macam makcik2 bawang pulak pakai bawal cotton tu haa. Busy betul aku bila pakai tudung tu, aktif semacam , yess very productive. So kalini aku pakai shawl je, beli simple sudah. Biasanya setiap kali keluar mana2 aku akan selalu berharap dalam hati semoga aku tak jumpa sesiapa yang aku kenal sebab yelah kang segan pulak kalau tak tegur. So aku keluar rumah tanpa expect apa2.  Just ikut kak na sebab nak isi minyak and nak beli barang yang tak cukup untuk masak .

           So sampai je dekat petrol pump tu kena beratur. Aku pandang je depan , Klik! Aku terpandang someone. Eh, macam kenal. Yess mestilah aku kenal. Ada sorang budak lelaki tengah isikan minyak, pekerja lah kan. Dia ni aku kenal sangat sebab dulu sekolah rendah sama kan, tapi dia dulu famous. Sebab budak sukan . Haa tu je sebab aku kenal dia, banyak join sukan. Dia kelas kat blok lain. So aku tak tahu sangat perangai dia. Rupa ? Bolehla , tak keding sangat tak gemuk and sedang2 je kot. Senang cerita, badan budak rugby. Haha ye ye je aku. And guess what ? Dia pun nampak aku! Lel, aku tak pastilah dia kenal or ingat aku ke tidak . Hmm yelah tak pernah sama kelas apatah lagi bercakap. Yang aku ingat, aku pernah ada conversation ngan dia dulu sebab aku tanya result upsr and psra dia. Apoo lah. Aku pun tak ingat kenapa aku tiba2 start mesej dia kat FB. Haa  yelah zaman sekolah rendah dulu selalu main fb ye. haha. Dia jawab jela apa aku tanya. Euw ingat balik , gila apa lah aku ni buang tebiat tegur orang yang tak kenal aku. Berani sangat.

          Main story is, aku rasa macam dia cam aku. Well, aku try lah cover sebab aku dah segan. Heyy apo pasal lah aku kenal dia. Kalau tak kenal , mesti aku lek je. Even member kelas aku pun aku dah 5 tahun tak jumpa, since masuk asrama kan so susah lah nak jumpa. And setiap kali reunion pun aku pernah join sekali je itupun masa form 1. Lepas2 tu kalau ada pun aku memang mengelak, bukan taknak jumpa tapi aku tak yakin. Aku rasa low sikit berbanding dorang haha alasan apa aku bagi ni ? Well aku ada kenangan tak berapa indah nak dikenang masa tahun last , so aku lebih prefer untuk tak join. So actually kak na beratur kat line yang salah, sebab kitorang punya pump ni belah kanan. So aku pun selamba bukak tingkap and intai ke luar nak tengok belah mana. so kena pusing sebab salah position.

          Masa beratur tu aku jadi segan gila nak pandang depan. Bila kau pandang , aku nampak dia pandang sini . Oh My! Apenii.. Yes, kereta ni semua tingkap tinted memang tak nampak tapi aku lupa pulak tingkap depan ni tak . So memang boleh nampak ler muka orang kat dalam. Ya Allah segannya!  Aku tak adelah nak kata dia usya aku, melampau oii.. entahlah tapi yang pasti aku tak nak pandang depan . Bila sampai je turn kitorang nak isi minyak , dia terus hilang. Double what ??!

          Aku cakap kat kak na, apa pasal orang nampak kitorang terus blah ? Deyy, tolonglah isikan. Aku ni bukan boleh baca fikiran dia tapi aku ni ada sifat perasan hahaha. Lol. Biasanya kan kalau sampai kat petrol pump , tak lain tak bukan mesti akulah yang kena turun pergi bayar tapi kena pulak kalini aku tak turun sebab aku tak pakai stokin and malaslah. Jadi aku duduk je dalam kereta. Sambil2 tu aku buat aku punya hipotesis sendiri hehe..aku try buat hipotesis, kalau dia ingat aku, dia akan datang sini balik and try untuk tgk aku . Hoho mcm over kan? So aku pun tunggu. Then, teka apa jadi ?

        Haaa tadaa!! Dia datang balik. lol. Aku tak akan pandang dia , so masa dia lalu tepi aku kat luar , aku acah2 tengo phone padahal tak ada apa yang menarik sebab takde internet haha. Then bila dia kat bahagian belakang kereta aku pandang depan pulak. Tapi dia tak jadi isi sebab kak na tak bukak petrol punya apa tu nama dia, nak isi minyak tu lah. Adoii. So aku teruskan pemerhatian aku. Nak tahu dia pergi mana? Dia berdiri tercegat kat sebelah kereta ni. Haa apo konoi pun aku tak tahu. Padahal banyak je lagi pump lain yang tak ada pekerja. Tak tahulah kalau memang dia selalu tercegat kat tengah2 tu. Aku tak cuak sangat sebab, tingkap tepi aku tinted. Kalau tak tinted, haa memang aku lari nyorok bawah seat sebab takut terpandang dia kang dia fikir lain pulak. Tapi , aku rasa dia macam try2 nak usya aku haha apoo lah. Sampailah kak na masuk then jalan, Huh ! Barulah lega tak payah nak cover2. Then expect apa? Takkan aku nak senyum ? Mana boleh! Maruah kena jaga, pandangan pun kena tundukkan.

          So secara kesimpulannya, sebenarnya aku teringat cerita kak Dayah Bakar, my idol. Dia kan kahwin dengan kawan sekolah dia dulu and aku banyak baca pasal jodoh ni , kadang2 orangnya memang kita tak pernah sangka. Kadang2 tu dah pernah jumpa tapi kita tak pernah terfikir sejauh tu . Haa gituu. So aku cuak lah. Takmau. 2 hari lepas pun ade kawan lama aku lelaki lah , dia tegur aku kat insta semata-mata tanya aku ada pergi kedai kat medan tak siang tadi ? Wowo siap tanya beb! Aku jawab jelah , well sebenarnya aku ada je macam ternampak sekilas tapi taknak tengok lebih2. Taknak segan2 sebab dah lama tak jumpa. Haha..Okey tu jelah ,sebenarnya ada lagi nantilah aku tambah. Okey, night !





             

Comments

Popular posts from this blog

A day before leaving Malaysia

       Assalamualaikum and hi !           So, today is Monday. Everyone pergi kerja, sekolah and sebagainya meanwhile i'm at home . :) Best tau .. today will be a very freedom day for me. I dah spent about three days at home with my family. Tomorrow , or more details, 3.00 am soon we will start our journey to KLIA2 and our flight is on 7.40 am. Feelings? Excited of course, and also sad. Hahaa..bukan apa, just i will miss my mom, and family so much! We will be there about 2 weeks . Pagi ni I bangun , solat subuh jemaah. And so grateful because i can face the real situation at home in the very early morning. Bukan senang nak dapat peluang macam ni . Biasanya aku je kadang2 call umi dari asrama , so now aku boleh bayang apa aktiviti umi , adik i and abang kat rumah everyday. Memang tersangatlah heavenn sebab aku memang takde apa komitmen sangat since exam dah habis . Yeay! Semalam petang baru start nak packing, so memang i made a mess. Hahaa,...

Childhood dream achieved !

          Hai and assalamualaikum !          Lama sangat dah aku tak update. Actually banyak gilaa benda nak share, even dah macam2 perkara jadi and boleh jadikan moments. Buts tak menyempat nak taip. Boleh katakan setiap harii aku niat nak bukak laptop nak update my life journey tapi rasanya dah banyak terlepas. Pengalaman ambik lesen, now dah berjaya dengan jayanya, fasa ambik result pun habis, then fasa bekerja cari duit sendiri.         So, plan nya memang kalau boleh aku nak kerja dari awal tahun sampai lah dapat tawaran masuk IPT. Tapi halangannya ialah aku terikat dengan lesen. Nak kena settlekan lesen barulah senang nak kerja. So ambik masa jugaklah. 19/02/2020 Alhamdulillah aku lulus ujian JPJ. So the next day tu aku meneruskan misi aku nak cari kerja cashier hahaha. Since umi tak bagi kerja Aeon so pilihan terakhir aku ialah Saveway. Maghrib2 pun pergi jugak, isi borang pastu teman kak na pulak beli tudu...

KISAH ADDMATH

        Assalamualaikum!        Today, nak buat throwback masa exam addmath Isnin lepas. Cerita dia, memang setiap kali exam addmath ni, takkan guna pen punya masa nak buat jalan kira. Pen tu function untuk tulis nama awal2 je ye. haaha.. okey, paper 2 pukul 2.00 petang , so dalam pukul 11 ke 12.50 tu memang waktu untuk study la. Dah cun-cun habis solat Zohor, aku pun jalan macam biasa ke ruang luar dewan . Weyhh, mana semua orang ? Jangan kata dah masuk ? oh my! Hok alohh, ramai dah weyy kat dalam, cikgu siap tengah bagi instructions untuk betulkan soalan. hadoii.. tu part first, lambat! Next, okay dah bertenang dah masa duduk. Nama dah settle, doa pun dah baca, calculator pun dah ready. Baru nak start soalan first, aku tergerak hati nak cari pemadam , just standby kat tepi jelah. ALLAHUU..       Guess what ? Pemadam aku hilang beb! Dalam keadaan dewan tengah senyap, aku pulak tengah sibuk cari pemadam di sebalik pen2 aku yang...